[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke ketinggalan di DUN Chennah

SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook ketinggalan di kerusi Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di Laman Web DAP setakat jam 7.30 petang.

Kerusi itu kini didahului oleh calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon dengan 53 peratus daripada daripada 6239 jumlah kertas yang dikeluarkan.

Manakala penyandang, Anthony Loke memperolehi 47 peratus.

Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.

Proses pengundian bermula serentak pada pukul 8 pagi membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri. Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.